My Blog List

Showing posts with label BLM. Show all posts
Showing posts with label BLM. Show all posts

Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18 : Rejectedd!!!!!!!!

REJECTED!!!!!!
.
.
begini kisah kena tolak ni, bukan kena tolak dengan crush tapi hasil kerja kena tolak dengan pensyarah. hahahahaha. sedih dia tu Ya Allah. sedih sangat rasa ditolak ni. walaupun bukan ditolak hati dan perasaan, sedih tu tetap ada. (sob. sob). hasil poster yang Little dan ahli kumpulan yang lain buat ditolak oleh pensyarah. katanya poster yang kami buat dia tak faham ape sebenarnya yang kami nak sampaikan. 
.
.
kami yang lurus ni pelik, macam mana la nak buat poster yang betol. bukan ke poster yang sepatutnya ada gambar pastu terangkan apa yang berkaitan? mushkil betol.. hahahaha.. noob sangat pasal poster ni. ihikk
.
.
kami ambil keputusan untuk buat poster yang lain. kali ni poster kami diterima, tapii.... ada TAPI laa pula... hahahahaha.. tapi poster yang kami buat tu tak de WOW. macam mana plak nak buat poster yang ada WOW. hahahahahahaha.. aduiii.. daa laa due da dekat. Kami dengan kelam kabutnya balik kolej, buat balik poster, daa laa hari tersebut tiba-tiba ada kelas ganti lagi.. penat tu tak boleh nak bincang.
.
.
namun, dalam penat, sedih, bergaduh nak buat macam mana, kami berjaya siapkannya sebelum duenya.. 

Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18 : Darah Gemuruh

Assalamualaikum.. haii pembaca sekalian.

Kali ini, Little akan kongsikan tentang pengalaman Little melakukan perbentangan bagi kelas Keterampilan Berbahasa. Little dan rakan sekumpulan telah memilih tajuk 'Disleksia dan Masalahnya' untuk perbentangan kali ini. kami telah melalukan persediaan sehari sebelum perbentangan bagi melancarkan perbentangan yang akan kami jalankan. sewaktu latihan, semua berjalan dengan lancarnya.

Tiba hari perbentangan, kami mengenakan tema ungu dan biru kerana pakaian yang sesuai juga akan membantu kami mendapat markah yang lebih baik. okay dah. sebenarnya, kat sini Little nak kongsikan yang Little adalah seorang yang mempunyai darah gemuruh.. (Haihhh)




ceritanya, Little ni memang ada masalah kalau berhadapan dengan orang ramai. tak ramai pun masalah laa. sewaktu perbentangan dijalankan kumpulan Little memilih tema perbentangan dalam bentuk ceramah. Little adalah penceramah kedua. disebabkan Little terlalu gugup, Little terkejut apabila penceramah pertama menyerahkan majlis kepada Little.

Ya Allah.. rasa tu tak boleh nak gambarkan macam mana. Dr Norazlina komen suara Little macam menangis.. Lagi laa malu. tapiii sebenarnya suara memang macam tu pun.. hahahahahahah...

eahh.. waktu kelas amali dah nak tamat laa.. nanti Little sambung potpet lagi.. jumpaaa nantiii.. Assalamualaikum..

Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18 : Kenikmatan Dunia Makanan

Haiiii semua. 

Little kembali lagi. kali ni Little datang dengan cerita yang menarikkk.. HAHAHAHA. Dunia makanan. siapa yang tak suka makan kan. semua orang suka makan. 

Kali ini Little akan menceritakan pengalaman Little pergi ke Pesta Makanan Tradisional FBMK UPM 2018. Di pesta ini, pengunjung pesta dapat menikmati pelbagai jenis makanan tradisional di samping dapat mempelajari cara memasak kuih tradisional. 

Antara makanan tradisional yang dijual adalah laksa. NORAZ LAKSA. Noraz Laksa adalah satu branding yang diwujudkan oleh pensyarah di FBMK sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Norazlina Binti Hj Mohd Kiram.

Noraz Laksa ini mendapat sambutan yang hangat daripada pengunjung yang mengunjunggi pesta makanan ini. ini terbukti kerana laksa yang dijual oleh beliau laku keras dan habis dalam masa yang sangat singkat. 


Di samping itu, pengunjung juga dapat belajar untuk membuat kuih tradisional iaitu ondeh-ondeh. Demostrasi cara untuk membuat kuih tradisional ini telah ditunjukkan oleh Dr Shahrim Karim iaitu pensyarah UPM di Fakulti Makanan. Beliau telah melakukan inovasi terhadap kuih berkenaan dan memberikan nama Royal Blue Ondeh-Ondeh kerana warnanya yang biru bukan hijau seperti kebiasaannya.



Selain itu, Little dan rakan-rakan juga telah menyelesaikan satu tugasan yang diberikan pada hari pesta ini. Little telah ditugaskan untuk mengambil gambar dan memuatnaiknya di dalam Instagram. 

Jom lihat gambar-gambar yang Little dan rakan-rakan telah ambil.







Sekian sahaja dari Little untuk Kali ini. Assalamualaikum..

BBM3410/18: Facebook Memories

Instagram dah, Twitter dah, Blog dah, adobe Photoshop dah, calendar dah, sekarang Facebook plak.