My Blog List

Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18 : Kenikmatan Dunia Makanan

Haiiii semua. 

Little kembali lagi. kali ni Little datang dengan cerita yang menarikkk.. HAHAHAHA. Dunia makanan. siapa yang tak suka makan kan. semua orang suka makan. 

Kali ini Little akan menceritakan pengalaman Little pergi ke Pesta Makanan Tradisional FBMK UPM 2018. Di pesta ini, pengunjung pesta dapat menikmati pelbagai jenis makanan tradisional di samping dapat mempelajari cara memasak kuih tradisional. 

Antara makanan tradisional yang dijual adalah laksa. NORAZ LAKSA. Noraz Laksa adalah satu branding yang diwujudkan oleh pensyarah di FBMK sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Norazlina Binti Hj Mohd Kiram.

Noraz Laksa ini mendapat sambutan yang hangat daripada pengunjung yang mengunjunggi pesta makanan ini. ini terbukti kerana laksa yang dijual oleh beliau laku keras dan habis dalam masa yang sangat singkat. 


Di samping itu, pengunjung juga dapat belajar untuk membuat kuih tradisional iaitu ondeh-ondeh. Demostrasi cara untuk membuat kuih tradisional ini telah ditunjukkan oleh Dr Shahrim Karim iaitu pensyarah UPM di Fakulti Makanan. Beliau telah melakukan inovasi terhadap kuih berkenaan dan memberikan nama Royal Blue Ondeh-Ondeh kerana warnanya yang biru bukan hijau seperti kebiasaannya.



Selain itu, Little dan rakan-rakan juga telah menyelesaikan satu tugasan yang diberikan pada hari pesta ini. Little telah ditugaskan untuk mengambil gambar dan memuatnaiknya di dalam Instagram. 

Jom lihat gambar-gambar yang Little dan rakan-rakan telah ambil.







Sekian sahaja dari Little untuk Kali ini. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook Memories

Instagram dah, Twitter dah, Blog dah, adobe Photoshop dah, calendar dah, sekarang Facebook plak.