My Blog List

Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Aura Konvokasion

haiiiii....

Hari ni Little nak kongsikan pengalaman Little pergi ke Majlis Konvokasion bapa saudara Little. Little semangat sangat nak pergi ke majlis tu. nasib baik laa majlis tu dekat UPM. dapat laa Little merasai aura konvokasion.. (hahahahahhah). acah kan. insyaAllah kalau tiada apa-apa halangan, tahun depan giliran Little pula konvo. so kali ni ambil aura dia sikit. hahahaha. tak sabarnyaaa..

Okay laa. kat sini Little nak cerita sikit pasal bapa saudara Little ni. Dia belajar dekat Melaka. Belajar di UMAC kalau tak salah Little. bapa saudara Little mengambil diploma di sana dan sebenarnya dia lebih muda dari Little. umurnya baru 21 tahun. bapa saudara dan nenek Little daa 3 hari datang dari Kelantan. tapi disebabkan Little ada kelas, pada hari kejadian baru Little boleh jumpa mereka.

di sini Little kongsikan gambar-gambar sewaktu konvokasion tu.





BBM3410/18 : Darah Gemuruh

Assalamualaikum.. haii pembaca sekalian.

Kali ini, Little akan kongsikan tentang pengalaman Little melakukan perbentangan bagi kelas Keterampilan Berbahasa. Little dan rakan sekumpulan telah memilih tajuk 'Disleksia dan Masalahnya' untuk perbentangan kali ini. kami telah melalukan persediaan sehari sebelum perbentangan bagi melancarkan perbentangan yang akan kami jalankan. sewaktu latihan, semua berjalan dengan lancarnya.

Tiba hari perbentangan, kami mengenakan tema ungu dan biru kerana pakaian yang sesuai juga akan membantu kami mendapat markah yang lebih baik. okay dah. sebenarnya, kat sini Little nak kongsikan yang Little adalah seorang yang mempunyai darah gemuruh.. (Haihhh)




ceritanya, Little ni memang ada masalah kalau berhadapan dengan orang ramai. tak ramai pun masalah laa. sewaktu perbentangan dijalankan kumpulan Little memilih tema perbentangan dalam bentuk ceramah. Little adalah penceramah kedua. disebabkan Little terlalu gugup, Little terkejut apabila penceramah pertama menyerahkan majlis kepada Little.

Ya Allah.. rasa tu tak boleh nak gambarkan macam mana. Dr Norazlina komen suara Little macam menangis.. Lagi laa malu. tapiii sebenarnya suara memang macam tu pun.. hahahahahahah...

eahh.. waktu kelas amali dah nak tamat laa.. nanti Little sambung potpet lagi.. jumpaaa nantiii.. Assalamualaikum..

BBM3410/18 : FLAT LAY FOTOGRAFI

ASSALAMUALAIKUM DAN HAIIII....

Kembali lagi Little kali ini untuk coretan berkaitan dengan apa yang telah diajar pada kuliah yang lepas iaitu FLAT LAY. mesti semua tertanya-tanyakan apa itu flatlay. Little pun tak tau apa itu Flatlay. hahahahhaha. gurau je.

Flatlay adalah satu teknik mengambil gambar untuk menjadikan gambar itu lebih menarik dan 'staylo'. untuk mengambil gambar dengan kaedah flatlay ini, barang-barang yang diperlukan tidak perlu terlalu canggih atau mahal. ini kerana teknik ini mampu menjadikan gambar yang di ambil nampak cantik dan memukau jika bertepatan dengan caranya.

Dalam kelas yang lepas, Little dan rakan-rakan telah diajar lima jenis flat lay iaitu yang pertama flatlay, halfflat lay, quater flatlay dan zero flatlay. dan untuk pengetahuan, ini adalah kali pertama Little mengetahui tentang teknik ini. di sini Little akan kongsikan perjalanan sepanjang kami mengambil gambar dengan teknik ini. moga apa yang Little kongsikan mampu membantu pembaca-semua.



Half Flatlay


Flatlay


Quarter Flatlay


Zero Flatlay


Sekian sahaja perkongsian Little. Moga jumpa lagi. Assalamualaikum

Friday, October 5, 2018

BBM3410/18: Jom Kenal!!!!!!!!



Assalamualaikum dan haiii.

Hari ini Little akan menceritakan serba sedikit tentang diri Little.
Nama diberi adalah Anis Shamimy Binti Mohamad Asnadi. Little adalah anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang, dibesarkan di Pasir Puteh. Umur Little adalah 23 tahun dan masih lagi seorang pelajar. Little menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Bacelor Bahasa dan Linguistik Melayu. Kini Little berada dalam tahun akhir.

Mesti semua tertanya-tanya kenapa nama blog Little adalah Little Cookies kan. Mehh Little kongsikan kenapa nama ni dipilih. Little adalah kerana fizikal Little sendiri yang kecil dan Cookies pula Little pilih kerana Little suka biskut. So, jadi laa Little Cookies😋😋.

Hahaha..

Untuk pengetahuan pembaca semua, Little mempunyai 10 orang adik beradik. Ramai bukan. Tapi apa yang lagi menarik, dalam adik-beradik Little hanya seorang putera dan sembilan orang lagi adalah puteri. Little adalah anak ketiga daripada mereka. meriahnya punyai ramai adik-beradik. bila semua berkumpul macam riuh sekampung. hahahaha. seronok.

Little rasa cukup setakaat ini coretan pertama Little. Moga bersua lagi.


Wednesday, October 3, 2018

BBm3410/18 : Fotografi Lagi Kita. Moh laa belajar

Haiiii... 

Bersua kembali kita di laman ini. Semua penghuni Blog Little sihat? moga-moga semuanya sihat sentiasa.

Kali ini Little akan menceritakan serba sedikit tentang fotografi. Terdapat pelbagai jenis sudut gambar dalam fotografi tetapi Little hanya akan menceritakan enam jenis sahaja. 

Little telah diperkenalkan dengan jenis-jenis sudut ini oleh Prof. pada kelas yang sebelumnya. Beliau telah mendedahkan dan memberikan penerangan tentang jenis-jenis ini. Little dan rakan-rakan telah diberikan tugasan untuk mengambis tiga keping gambar mengikut setiap satunya. Gambar yang diambil perlu dimuatnaik di dalam Instagram. 

Jenis pertama yang diambil adalah mug shot. Gambar ini dapat menceritakan ekspresi wajah seseorang. ada yang menggambarkan wajah sedih, gembira dan dan redha. 

Jenis yang kedua yang diambil adalah Medium Shot. Jenis ini adalah jenis gambar yang diambil pada pandangan biasa. 

Jenis yang ketiga pula adalah Long Shot. Long shot ini adalah gambar yang diambil pada pandangan yang jauh. ia menceritakan apa yang terjadi dalam jarak yang jauh.


Jenis yang kempat pula adalah Eye Bird's view. Jenis ini adalah gambar yang diambil dengan memberikan pandangan seperti seekor burung. 

Jenis yang kelima pula adalah Portrait. Jenis ini adalah gambar individu yang diambil mengikut apa yang diarahkan. 


Jenis yang keenam pula adalah Over the Shoulder. Over the Shoulder adalah gambar yang diambil di sebalik bahu sesorang. gambar ini menceritakan apa yang berlaku di sebalik bahunya. 


Setakat ini coretan Little kali ini. Mungkiun pada coretan akan datang, Little akan menceritakan selanjutnya tetang fotografi ini. Jumoa lagi semua. Bye!!!!

BBM3410/18 : Kenikmatan Dunia Makanan

Haiiii semua. 

Little kembali lagi. kali ni Little datang dengan cerita yang menarikkk.. HAHAHAHA. Dunia makanan. siapa yang tak suka makan kan. semua orang suka makan. 

Kali ini Little akan menceritakan pengalaman Little pergi ke Pesta Makanan Tradisional FBMK UPM 2018. Di pesta ini, pengunjung pesta dapat menikmati pelbagai jenis makanan tradisional di samping dapat mempelajari cara memasak kuih tradisional. 

Antara makanan tradisional yang dijual adalah laksa. NORAZ LAKSA. Noraz Laksa adalah satu branding yang diwujudkan oleh pensyarah di FBMK sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Norazlina Binti Hj Mohd Kiram.

Noraz Laksa ini mendapat sambutan yang hangat daripada pengunjung yang mengunjunggi pesta makanan ini. ini terbukti kerana laksa yang dijual oleh beliau laku keras dan habis dalam masa yang sangat singkat. 


Di samping itu, pengunjung juga dapat belajar untuk membuat kuih tradisional iaitu ondeh-ondeh. Demostrasi cara untuk membuat kuih tradisional ini telah ditunjukkan oleh Dr Shahrim Karim iaitu pensyarah UPM di Fakulti Makanan. Beliau telah melakukan inovasi terhadap kuih berkenaan dan memberikan nama Royal Blue Ondeh-Ondeh kerana warnanya yang biru bukan hijau seperti kebiasaannya.



Selain itu, Little dan rakan-rakan juga telah menyelesaikan satu tugasan yang diberikan pada hari pesta ini. Little telah ditugaskan untuk mengambil gambar dan memuatnaiknya di dalam Instagram. 

Jom lihat gambar-gambar yang Little dan rakan-rakan telah ambil.







Sekian sahaja dari Little untuk Kali ini. Assalamualaikum..

BBM3410/18 : email ohh email..

Haiiii semua...

Little kembali lagi untuk coretan kali ini. Hari ini Little akan berkongsi sedikit apa yang telah Little lalui sewaktu menyelesaikan tugasan yang telah diberikan. untuk pengetahuan semua, kelas Little pada hari isnin telah dibatalkan kerana Prof. telah pergi Singapura. Gembirakan sebab kelas dibatalkan...

Tapi....... Jangan gembira sangat. HAHA. Little telah diberi tugasan di dalam Putra Blast yang mana tugasan tersebut perlu di emailkan kepada Prof dari pukul 2 hingga 3 sahaja. SAHAJA ya. tidak boleh awal, tidak boleh lewat. huhhhh (mengeluh). Little dan rakan-rakan perlu membuat penilaian tentang media sosial dengan berpandukan buku  BOOM with Media Sosial. 

Bunyi tu macam mudah kan tapi tak semudah yang disangka. Kami perlu membuat penilaian dan menghantarnya kepada Prof. melalui email dan jawapan tersebut perlu ditaip, tidak boleh menggunakan attach file

Tugasan yang diberikan disambut dengan hati yang terbuka tetapi apa yang menyedihkan Little adalah email yang dihantar tidak diterima oleh Prof. kerana email tersebut telah masuk dalam ruang boxbe dan berada dalam ruang menunggu. 

Sedih!!!!!!!!!

Tugasan tersebut akan membekalkan markah sebanyak 10% dan Little telah kehilangan 10% kerana Prof tidak menerima email berkenaan. Markah 10% tu sangat besar untuk kami. Uwaaaaaaaa (meraung). Ini lagi sedih daripada tau email berada dalam boxbe. sedih tu sedih laa. 

tak pe laa. Little dah terima dengan hati terbuka. mungkin bukan rezeki Little. setakat ini sahaja coretan Little untuk waktu ini. Moga ketemu lagi. 

Bye!!!!!!

BBM3410/18: Facebook Memories

Instagram dah, Twitter dah, Blog dah, adobe Photoshop dah, calendar dah, sekarang Facebook plak.