My Blog List

Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18 : email ohh email..

Haiiii semua...

Little kembali lagi untuk coretan kali ini. Hari ini Little akan berkongsi sedikit apa yang telah Little lalui sewaktu menyelesaikan tugasan yang telah diberikan. untuk pengetahuan semua, kelas Little pada hari isnin telah dibatalkan kerana Prof. telah pergi Singapura. Gembirakan sebab kelas dibatalkan...

Tapi....... Jangan gembira sangat. HAHA. Little telah diberi tugasan di dalam Putra Blast yang mana tugasan tersebut perlu di emailkan kepada Prof dari pukul 2 hingga 3 sahaja. SAHAJA ya. tidak boleh awal, tidak boleh lewat. huhhhh (mengeluh). Little dan rakan-rakan perlu membuat penilaian tentang media sosial dengan berpandukan buku  BOOM with Media Sosial. 

Bunyi tu macam mudah kan tapi tak semudah yang disangka. Kami perlu membuat penilaian dan menghantarnya kepada Prof. melalui email dan jawapan tersebut perlu ditaip, tidak boleh menggunakan attach file

Tugasan yang diberikan disambut dengan hati yang terbuka tetapi apa yang menyedihkan Little adalah email yang dihantar tidak diterima oleh Prof. kerana email tersebut telah masuk dalam ruang boxbe dan berada dalam ruang menunggu. 

Sedih!!!!!!!!!

Tugasan tersebut akan membekalkan markah sebanyak 10% dan Little telah kehilangan 10% kerana Prof tidak menerima email berkenaan. Markah 10% tu sangat besar untuk kami. Uwaaaaaaaa (meraung). Ini lagi sedih daripada tau email berada dalam boxbe. sedih tu sedih laa. 

tak pe laa. Little dah terima dengan hati terbuka. mungkin bukan rezeki Little. setakat ini sahaja coretan Little untuk waktu ini. Moga ketemu lagi. 

Bye!!!!!!

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook Memories

Instagram dah, Twitter dah, Blog dah, adobe Photoshop dah, calendar dah, sekarang Facebook plak.