My Blog List

Wednesday, October 3, 2018

BBm3410/18 : Fotografi Lagi Kita. Moh laa belajar

Haiiii... 

Bersua kembali kita di laman ini. Semua penghuni Blog Little sihat? moga-moga semuanya sihat sentiasa.

Kali ini Little akan menceritakan serba sedikit tentang fotografi. Terdapat pelbagai jenis sudut gambar dalam fotografi tetapi Little hanya akan menceritakan enam jenis sahaja. 

Little telah diperkenalkan dengan jenis-jenis sudut ini oleh Prof. pada kelas yang sebelumnya. Beliau telah mendedahkan dan memberikan penerangan tentang jenis-jenis ini. Little dan rakan-rakan telah diberikan tugasan untuk mengambis tiga keping gambar mengikut setiap satunya. Gambar yang diambil perlu dimuatnaik di dalam Instagram. 

Jenis pertama yang diambil adalah mug shot. Gambar ini dapat menceritakan ekspresi wajah seseorang. ada yang menggambarkan wajah sedih, gembira dan dan redha. 

Jenis yang kedua yang diambil adalah Medium Shot. Jenis ini adalah jenis gambar yang diambil pada pandangan biasa. 

Jenis yang ketiga pula adalah Long Shot. Long shot ini adalah gambar yang diambil pada pandangan yang jauh. ia menceritakan apa yang terjadi dalam jarak yang jauh.


Jenis yang kempat pula adalah Eye Bird's view. Jenis ini adalah gambar yang diambil dengan memberikan pandangan seperti seekor burung. 

Jenis yang kelima pula adalah Portrait. Jenis ini adalah gambar individu yang diambil mengikut apa yang diarahkan. 


Jenis yang keenam pula adalah Over the Shoulder. Over the Shoulder adalah gambar yang diambil di sebalik bahu sesorang. gambar ini menceritakan apa yang berlaku di sebalik bahunya. 


Setakat ini coretan Little kali ini. Mungkiun pada coretan akan datang, Little akan menceritakan selanjutnya tetang fotografi ini. Jumoa lagi semua. Bye!!!!

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook Memories

Instagram dah, Twitter dah, Blog dah, adobe Photoshop dah, calendar dah, sekarang Facebook plak.