My Blog List

Tuesday, November 6, 2018

BBM3410/18 : One Shot Video

tau tak ' One Shot Video' tu macam mana?

tahu? tak tahu?

mehh Little kongsi sikit. One Shot Video tu adalah video yang dirakam hanya dengan satu tangkapan sahaja. tidak boleh diedit atau ditambah rakaman lain di dalamnya. maksudnya macam bila video dirakam di tempat A, dekat tempat A je laa duduknya camera tu. Yang akan melakukan pergerakan atau akiviti adalah orang yang melakonkan dalam video berkenaan. pergerakan keluar masuk boleh berlaku tapi tanpa gerakkan camera walaupun sedikit.. haa.. macam tu laa 'One Shot Video'. 

kali ni Little nak cerita yang Little dengan ahli kumpulan dapat tugasan untuk buat video ni. semua dah subscribe belum channel yang Little suruh sebelum ni? kalau belum boleh klik sini. . untuk yang dah subscribe, boleh laa tengok video yang kami dah buat. kami pilih lagu 'Pencuri oleh Mark Adam'. kenapa lagu ni? sebab lagu yang rancak dan boleh libatkan semua ahli kumpulan kami dalam video ni. 

kali ni dalam video ni Little jadi pelakon utama. utama ke?? boleh laa dari takde. hahahaha. kalau nak tengok apa yang telah kami persembahkan boleh laa laju-laju buka YouTube.. sekarang-sekarang...sini-sini. nanti boleh bagi penilaian. boleh ke tak boleh kami berlakon..🙈 🙈 🙈 🙈

bukan senang kami nak siapkan video ni. berapa kali berlatih. berapa kali ulang rakam.. haihhh.. tambahan pula dah nak cuti midterm. makin semangat laa nak siapkan awal-awal. maklum laa  semua nak balik kampung.. semangat dia lain macam sikit.. hahahahaha

ni litle kongsi gambar selepas kami buat rakaman.

ni je gambar yang elok sikit dalam laptop. yang lain masih selamat dalam telefon.. haihhh.. lupa nak pindahkan semua.. maaf yee....

moga-moga lepas dah tengok, semua suka dengan video kamiii... 

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook Memories

Instagram dah, Twitter dah, Blog dah, adobe Photoshop dah, calendar dah, sekarang Facebook plak.