My Blog List

Friday, November 16, 2018

BBM3410/18: Photoshoppp

Haiiiii... Saje laa nak bagitau minggu ni kelas Amali batal .
.
.
Kelas batal pun jangan seronok sangat.. hahahaha.. air yang tenang jangan disangka tiada buaya.. Prof daa pesan awal2 ada kelas online. Hahahaha
.
.
Bangun pagi buka laptop tunggu kelaa online dekat Putrablast... Tunggu punya tunggu masuk chat dekat group kelas yang Prof suruh buat video tutorial guna photoshop buat kalendar meja...
.
.
Tak kelakar. Punya laa tunggu kuliah online, tapi dapat tau tugasan ikut WhatsApp.. hahahahaha...
.
.
Tapi bagus jgak.. sebab Hotspot dekat UPM tak pernah bagi kerjasama yang baik... (Merungut ni).
.
.
Little pun bangun laa, bersiap, pakai cantik-cantik.. kan nak record video.. hahahaha.. sebab syarat Prof kena ada gambar kita.. huhuhu..
.
.
Okay lah.. ni video yang Little dah record.. semoga membantu.. 

BBM3410/18: Lemak Manis Ala Amboi Amboi

Lemak manis ala amboi-amboi,
santan kelapa ala amboi-amboi,
ku pandang lah manis ala amboi-amboi,
anak siapa?
.
.
Sebenarnya, Little dan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 16 ada sejarah dengan lagu ni  sejarah manis, pahit, masam, semua ada laa.. waktu ni laa kami kenal ahli kumpulan.. waktu ni laa kami belajar kerjasama berpasukan, semuanya waktu ni. Ada yang bergaduh, ada yang marah, ada yang tidur ada, ada yang tak nak bagi kerjasama. Semuanya dah jadi kenangan... Kenangan sewaktu kami berada dalam satu organisasi. Rentetan daripada lagu ni laa kami semalaman tak tidur, dengan sehariannya penat. Hahahaha... Tapi semuanya mengajar kami... kenangan❤️..
.
.
Tapi kali ni, Little dan ahli kumpulan pilih lagu ni untuk buat video one shot one layer kami yang baru. Kan yang sebelum ni daa kena reject... Hahahah
.
.
Kayu teruk nak menari, dengan berkain batiknya😂😂😂. Tapi menari jugak semuanya.. hahahaha.. semua bagi kerjasama yang baik walaupun kami terpaksa buat tugasan yang sama dua kali.. REDHO..
.
.
tapi kami seronok, semua orang gembira..

BBM3410/18: One Shot Two Layers

One Shot Two Layer gaisss...
.
.
Minggu ni kami dapat tugasan buat video one shot two layer. OKAY. Buat video lagi. Jadi retis lagi kami. Hahahaha... Rasa daa pemes sangatttt🤣🤣🤣
.
.
Bincang punya bincang, bahas punya bahas, gaduh punya gaduh, kami pun pilih laa lagu Bahagia oleh Eza Elmond. Bincang step by step, macama mana nak buat.. jumpa laa kata sepakat walaupun tak sepakat sangat😂😂.
.
.
Lokasi kami kali ni masih lagi di Bukit Espo UPM. Itu je tempat yang rasa sempat nak pergi.. hahahaha.. sekat dengan semua.. uhukkk..
.
. Berapa kali buat rehearsal, berapa kali berlakon, akhirnya berjaya... Tapi.... Nak tau tak apa yang menyentuh hatinya.. hahahaha.. tersentuh sangat... Bila balik dari buat video, usha video group lain, kami rasa yang video kami buat salah. KAH. Daa beria buat baru sedar salah... Nak menangis pun ada.. 😌😌😌
.
.
Hurmmm.. malas laa nak tulis lagi, nanti laa sambung cerita ni.. sedih sangat..

BBM3410/18: Twitter ohh Twitter

Twitter.. hurmmm... Twitter..
.
.
Tak tertarik dengan Twitter walaupun daa buat akaunnya. Terlalu terbuka. Semua bebas mengecam. Semua bebas bersuara, kadang apa yang dikatakan tanpa fikir baik buruk dan ditapis terlebih dahulu.
.
.
Tapi... Ada baiknya juga Twitter ni. Kadang treat yang dikongsikan ada yang bermanfaat. TAPI little pun tak tau nak Tweet apa.. 😂😂😂
.
.
Tapi ada laa yang little tweetkan. Kalau nak tau, boleh melawat wall Little yee. Boleh follow. Hahahaha..
.
.
Demi Prof, Little buat akaun Twitter ni. Update. Markah kot. Takkan tak nak buat. Prof selalu cakap, walaupun banyak kerja kena buat, kena amal sikap REDHO.
.
Yes. Prof betol. Walaupun kadang membebel, tapi bila belajar untuk terima, semua jadi senang je. Tanpa rasa susah. Terima Kasih Prof. Biu biu.
.
.
Ni Little kongsi apa yang Little tweet dan rakan2 retweet.

BBM3410/18 : Rejected

REJECTED!!!!! 😭😭😭
.
Alaaa.. sedih laa kena reject ni. Bukan kena reject hati dan perasaan, tapi kena reject hasil tugasan😢😢😢. Sedih kot..
.
.
Kisahnya, kena buat tugasan poster untuk satu subjek ni. Yang pertama buat kena reject, sebab Dr tak faham apa yang nak disampaikan dalam poster.. duhhh. Tengok yang group lain pun macam hampir sama. Macam mana laa yang Dr nak ni??
.
.
Buat laa lagi poster baru. Kali ni bila hantar Dr cakap boleh je dia terima, poster okay, tapi markah pun macam poster ni laa. Tak de WOW. ALAMAKKKKK..
.
.
Risau pula bila Dr cakap macam tu. Alahannn. Macam mana ni. Nak buat baru ke nak hantar yang lama je. Haihhh..
.
.
Kami ambil keputusan buat yang baru. Tapi gais, yang merisaukannya, due dia sebwlum pukul 4. Ni daa pukul 11.30...
.
Sempat ke? Daa berkira-kira. Tapi kami buat juga. Dan hantar sebelum due. Nasib baik sempat😌😌😌..
.
.
Tapi tak tau laa posternya tu WOW ke tak, sebab Dr tak ada kat bilik. Kita tunggu Dr masukkan markah, kalau markah okay WOW laa tu.. Kalau tak okay, bukan rezeki kami..

BBM3410/18 : Reject lagi!!!!

Ayuh laa kita joget....💃💃💃💃
.
.
Kena reject lagi. Hahahahaha. Kali ni kena reject dalam kelas... Malunyaaaa... Tapi ni bukan poster. Kali ni kena reject video... Awalnya bila buka video kay depan, yakin je walaupun malu. Tapiiii..
.
.
Tau tak video one shot one layer kami kena reject😭😭😭😭. Salahhhhhh
.
.
Penat kami berlakon... Tapi sebenarnya video tu salah.. alaaa.. mana laa tau salah.. hahahahaha... Waktu buat seronok je berlakon. Tengok video balik gelak sakan. Kelakar pun ada. Waktu tu, kami dengan group yang buat lagu Amalina kena reject. Ada teman.. hahaha.. mereka pun bawa konsep yang salah. Takpe, sekurangnya kami belajar dan kami tahu mana salah kami. Huhuhu.. Redho teruk..
.
.
Tapi nak buat macam mana, daa salah.. terpaksa laa kami buat baru.. cari lagu baru, fikir idea baru. Daa macam retis daa kami.. hahahaha
.
.
Nak tau apa yang kami buat untuk gantikan video lama, nantikan di coretan seterusnya.. ahakss..

Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18 : Rejectedd!!!!!!!!

REJECTED!!!!!!
.
.
begini kisah kena tolak ni, bukan kena tolak dengan crush tapi hasil kerja kena tolak dengan pensyarah. hahahahaha. sedih dia tu Ya Allah. sedih sangat rasa ditolak ni. walaupun bukan ditolak hati dan perasaan, sedih tu tetap ada. (sob. sob). hasil poster yang Little dan ahli kumpulan yang lain buat ditolak oleh pensyarah. katanya poster yang kami buat dia tak faham ape sebenarnya yang kami nak sampaikan. 
.
.
kami yang lurus ni pelik, macam mana la nak buat poster yang betol. bukan ke poster yang sepatutnya ada gambar pastu terangkan apa yang berkaitan? mushkil betol.. hahahaha.. noob sangat pasal poster ni. ihikk
.
.
kami ambil keputusan untuk buat poster yang lain. kali ni poster kami diterima, tapii.... ada TAPI laa pula... hahahahaha.. tapi poster yang kami buat tu tak de WOW. macam mana plak nak buat poster yang ada WOW. hahahahahahaha.. aduiii.. daa laa due da dekat. Kami dengan kelam kabutnya balik kolej, buat balik poster, daa laa hari tersebut tiba-tiba ada kelas ganti lagi.. penat tu tak boleh nak bincang.
.
.
namun, dalam penat, sedih, bergaduh nak buat macam mana, kami berjaya siapkannya sebelum duenya.. 

Tuesday, November 13, 2018

BBM3410/18 : TV Al-Hijrah

Seperti yang dijanjikan hari ni tiba lah hari yang ditunggu-tunggu.. hahahaha *tunggu ke*
Hari ni, kuliah secara online yang dijanjikan Prof.
.
Tapiiiiiii, pukul 8 lebih pagi baru dapat makluman yang Prof suruh tengok beliau keluar TV Al-Hijrah. Kami kat kolej, mana laa ada TV. Apa yang lagi sedihnya, waktu bersiaran tu Little tengah tidur lagi😂😂😂. Nasib baik laa ada yang kejutkan.. *muahhh untuk yang kejutkan🙊🙈*
.
Kali ni, Prof berkongsi tentang 'Harmonikan Kaum Melalui Laman Siber' . Banyak input menarik yang dikongsikan. Dan pada kemunculan beliau kali ini, baru Little sedar banyak sebenarnya manfaat kenapa beliau seruh kami buat Blog ni sendiri, Twitter, dan IG. Maklumat dapat dikongsi jika kena pada caranya.
.
.
Baiklah.. kembali ke alam realiti. Tugasan kali ni masih lagi dalam IG. Kami dikehendakki untuk ambil gambar prof bersiaran dan update di laman IG kami bersertakan dengan #MartabatBahasaMelayu.
.
.
Nak tengok gambar yang Little tangkap? Haa.. boleh.. pandang bawah👇

BBM3410/18 : Cuti-cuti Malaysia

CUTI-CUTI MALAYSIA!!!!!!!!!
.
.
bunyi macam seronokkan.. HAHAHA😂
tipu je tu.. ni bukan seperti cuti yang semua harapkan.. hahahaha.. disebabkan hari Selasa adalah Hari Deepavali, kami satu kelas pun minta laa cuti tambahan dengan Prof. kerana hari isnin adalah hari kuliah seperti biasa.
.
.
Nak dijadikan cerita, disebabkan kami sebulat suara nakkan cuti tu, Prof minta kami update satu gambar tambahan di IG kami dengan membuat tanda OK. Haaa.. tanda ni kami kena sertakan dengan #kamimohonkuliahisninsecaraonlie. Semua satu kelas 80 orang buatlah tanda tu. Tapiii yang peliknya tanda tu tak cukup😂. Ada 79 je pada awalnya.. mana pegi lagi satu.. 🤦🤦🤦. Semua cuak.. sebab tak nak datang UPM awal (walaupun sebenarnya saya balik). Ini rahsia. Jangan bagitau Prof. Ni rahsia kita2 je.. janji tau
.
.

Okay sambung.. due prof nak check # daa dekat.. tapi macam mana boleh tak cukup.. yang lagi peliknya, semua cakap daa update.. kami ni siap check lagi ahli kumpulan masing2.. tapi tak tau jgak macam mana OK tu boleh cukup 80.. tak ada yang mengaku, tapi cukup.. aneh kan.. hantu laa kot.. biar laa.. yang penting cuti semakin panjang.. kami berjaya.. lai lai lai

BBM3410/18 : Kepercayaan

Kepercayaan itu adalah perkara yang sangat penting dalam hidup kita. Percaya apa yang akan kita perolehi. Percaya akan apa yang akan kita capai. Percaya dengan orang sekeliling kita  percaya dengan orang yang kita sayang. Sungguh besar nilai kepercayaan ini.
.
.
Tapi sejauhmanakah kita mampu menggenggam kepercayaan yang telah diberikan?
Mampukah kita capai apa yang kita impikan?
Adakah kita mampu memenuhi kepercayaan yang diberikan oleh ibubapa kita? Kepercayaan mereka yang kita mampu berjaya.. yang kita mampu memberikan kebanggaan kepada mereka.
.
.
Adakah kita telah bersedia untuk memikul amanah yang diberikan?
Adakah kita yakin kita mampu menunaikan?
.
.
TIDAK ATAU YA hanya antara kita dengan pencipta Yang Esa.
.
.
Namun, kita harus ingat. Jangan pula kita letakkan kepercayaan hanya kepada manusia semata. Jangan kita lupa kita ada yang Esa. Letaklah kepercayaan kepadaNya. Percayalah, setiap apa yang berlaku kepada kita semua adalah ketentuannya.
.
.
Ujian yang diberikan kerana Dia tahu dan percaya kita mampu menghadapinya. Yakinlah padaNya. Redho lah dengan setiap yang berlaku.

Tuesday, November 6, 2018

BBM3410/18 : MIDSEM BREAK!!!!!!!!

Sukanya dalam hati, bila dapat cuti lagi.....
.
.
maka bermulalah cuti midsem. one shot video dah siap buat, balik dengan hati yang tenang.

TAPI.....

tak de laa setenang-tenang air jangan disangka tiada buaya. ada buayanya. walaupun cuti, kami ada tugasannya.. tugasannya mudah sahaja.. alahhh.. post gambar dekat IG je.. jeeeee.

Kalau minggu biasa tiga keping gambar, minggu cuti ni banyak laa sikit. biasa la. tak ada kuliahkan. hihihi.. banyak tu berapa? SEPULUH je. sikit kan.. apelah sangat SEPULUH tu..
.
.
apelah sangat pun sempat laa mengeluh.. hee.. mengeluh kenapa? sebenarnya sebab tak tahu nak ambil gambar apa. tak tau nak ambil gambar apa tu satu hal, nak post dekat IG plak satu hal. jenuh fikir gambar apa yang sesuai.

nasib baik laa anak buah Little ramai dekat kampung tu.. jadi laa mangsa Little. tak pe. Nanti jadi femes. Femes sebab jadi model tak berbayar untuk Little.. Maaf ye anak-anak. semua ini untuk memenuhi tugasan.
.
.
tapi... ada laa juga gambar Little. nak jadi Insta femes juga.. haha..

BBM3410/18 : Alahaiii Photoshop

Haiii Photoshop.......
.
.
ingat Photoshop macam nak nangis.. uwaaaa 😂😂😂
entah berapa kali download berapa kali delete. dah download ada virus pulak daa. semua tak kena laa jadinya. semua sebab photoshop.
.
.

Membebel-bebel pasal photoshop lupa nak bagitau nak guna photoshop untuk apa.. hahaha. maaf. Little lupaaaa.. kali ni kami kena belajar guna photoshop untuk buat kalendar meja Tahun 2019. bunyi macam seronokkan sebab dapat buat kalendar sendiri. untuk tahun akan datang lagi. 
.
.
cerita photoshop ni sama la dengan cerita media sosial yang lain. apa yang samanya? 

TAK PANDAI GUNA!!!!!!!!!!!!

hahahahahahahaha... lembab.. semua benda tak pandai.. bukan apa.. sebelum ni tak guna benda ni, sebab tu laa tak belajar. sekarang kena belajar sebab kena guna.. hee hee..

Belajar laa Little yang bendul ni guna photoshop. macam mana nak buat layer. macam mana nak tambah layer. macam mana nak crop gambar.. tabah teruk belajar semuanya, satu persatu.
.
.
nak tau apa yang gembira tak? yang gembiranya Little dah pandai guna photoshop, dah pandai crop walaupun belajar dari pakcik YouTube je, sekurangnya pandai.. hahahaha.. walaupun masih lagi amatur, Little tetap bangga.. 

ni Little tunjuk kalendar yang Little dah siapkan. walaupun tak canti, tetap cantik jugak.. wahahahahaha



BBM3410/18 : Demi LIKE daripada Prof

Kami dah buat IG, Blog, Twitter. Semua Media Sosial lah ada.. ini kalilah dalam sejarah.. kami dah semester akhir.. bagi laa peluang ada semua ni.. kalau tak sebab subjek ni, memang tidak laa kami buat semuanya. HAHAHAHAHA (gelak jahat)
.
.
sebenarnya, kalau dekat IG apa yang kami telah post perlu dapat LIKE daripada Prof. dah dapat like u, kena tangkap skrin plak sebagai bukti. lepastu kena post dekat sini unuk buktikan lagi dapa LIKE tu, itu laa sebabnya kali ni tulis berkaitan LIKE.. heh heh heh.. alang-alang tak ada idea nak menulis, ini pun jadi la. (maaf Prof, sebenarnya saya tak pandai nak kreatif-kreatif ni)
.
punyalah banyak gambar kami post dekat IG, kena dan perlu like dari Prof, kalau ada komen tu dah dikira bonus laa.. hahaha. nanti Little tunjuk bukti yang prof dah LIKE gambar Little dekat IG. 

BBM3410/18 : One Shot Video

tau tak ' One Shot Video' tu macam mana?

tahu? tak tahu?

mehh Little kongsi sikit. One Shot Video tu adalah video yang dirakam hanya dengan satu tangkapan sahaja. tidak boleh diedit atau ditambah rakaman lain di dalamnya. maksudnya macam bila video dirakam di tempat A, dekat tempat A je laa duduknya camera tu. Yang akan melakukan pergerakan atau akiviti adalah orang yang melakonkan dalam video berkenaan. pergerakan keluar masuk boleh berlaku tapi tanpa gerakkan camera walaupun sedikit.. haa.. macam tu laa 'One Shot Video'. 

kali ni Little nak cerita yang Little dengan ahli kumpulan dapat tugasan untuk buat video ni. semua dah subscribe belum channel yang Little suruh sebelum ni? kalau belum boleh klik sini. . untuk yang dah subscribe, boleh laa tengok video yang kami dah buat. kami pilih lagu 'Pencuri oleh Mark Adam'. kenapa lagu ni? sebab lagu yang rancak dan boleh libatkan semua ahli kumpulan kami dalam video ni. 

kali ni dalam video ni Little jadi pelakon utama. utama ke?? boleh laa dari takde. hahahaha. kalau nak tengok apa yang telah kami persembahkan boleh laa laju-laju buka YouTube.. sekarang-sekarang...sini-sini. nanti boleh bagi penilaian. boleh ke tak boleh kami berlakon..🙈 🙈 🙈 🙈

bukan senang kami nak siapkan video ni. berapa kali berlatih. berapa kali ulang rakam.. haihhh.. tambahan pula dah nak cuti midterm. makin semangat laa nak siapkan awal-awal. maklum laa  semua nak balik kampung.. semangat dia lain macam sikit.. hahahahaha

ni litle kongsi gambar selepas kami buat rakaman.

ni je gambar yang elok sikit dalam laptop. yang lain masih selamat dalam telefon.. haihhh.. lupa nak pindahkan semua.. maaf yee....

moga-moga lepas dah tengok, semua suka dengan video kamiii... 

BBM3410/18 : Bahagia adalah satu pilihan

haiii kalian. . 

kali ini Little memilih untuk berkongsi tentang 'Bahagia Adalah Satu Pilihan'.
mesti semua tertanya-tanyakan kenapakan. . (senyum)

sebenarnya, Little pun tak ada satu sebab yang kukuh kenapa, tapi Little tertarik dengan tajuk ini. 


BAHAGIA....

adakah kita semua tahu apa itu bahagia? adakah kita semua dah capai bahagia? adakah kita hargai apa yang kita rasai? TAPI. . . adakah semua memilih untuk bahagia? adakah ada yang tidak inginkan bahagia? 

Tepuk dada, tanya hati. 
Bahagiakah yang kita perlukan?
Kenapa kita perlukan bahagia? 
Berhargakah sebuah kebahagiaan?
Kenapa pula memilih untuk tidak bahagia? 

setiap orang punyai definisi sendiri apa itu bahagia. . (senyum lagi)

Pada Little, bahagia adalah satu pilihan. kita yang memilih untuk bahagia ataupun tidak. kita yang menentukan apa yang kita perlukan. kadangkala bahagia itu tak perlu diberikan definisinya kerana rasa itu mampu membuatkan kita nyaman, selesa, tersenyum. bahagia itu hanya kita yang rasai dan kita kongsikan untuk membuatkan orang lain merasainya juga. 

tapi.... 

tak semua menghargai rasa bahagia yang diberikan. adakalanya, kita sombong. kita sombong dengan diri sendiri dan lupa yang semuanya adalah pinjaman. kita menolak bahagia yang datang hanya untuk kepuasan diri sendiri tanpa kita fikirkan orang yang ada sekeliling kita. tanpa kita fikir jika kita bahagia ada yang turut sama bahagia. 
.
.





BBM3410/18 : Sahabat

SAHABAT. . 

Sedar atau tidak, sahabat adalah orang yang ada dengan kita selain keluarga kita. orang yang selalu dengan kita saat jatuh dan bangun kita. orang yang selalu menyokong saat kita jauh dari keluarga. orang yang banyak membantu kita saat kita tak punya apa-apa. orang yang berdiri di belakan kita sehingga kita menjadi siapa kita sekarang. 
.
.

SAHABAT. .

kadang-kala sahabat adalah orang yang tak pernah kata tidak saat kita meminta bantuan. saat kita meminta untuk pinjamkan bahu. saat kita mengeluh itu dan ini, dia mendengar dengan sabar. percaya atau tidak, sahabat adalah orang yang sebenarnya banyak kita singgungkan perasaannya.

tetapi...

dia tetap ada untuk kita. KENAPA? kerana dia sayang dengan kita. dia sayang dengan hubungan yang terjalin. kerana dia bersahabat dengan kita dengan ikhlas. tapi, pernah tak kita sedar? mungkin ye, mungkin tidak. kadang-kala kita ego, kita rasa kita adalah yang terbaik, kita betul segalanya. namun, bersyukurlah.. kita punya sahabat yang tak pernah jemu melayan walaubagaimana sekalipun perangai kita.
.
.

SAHABAT. . 

sahabat adalah orang yang kita tak perlu jumpa setiap hari, Tapi sekali jumpa dia punya mesra macam tak pernah berpisah, kenapa? kerana hati sentiasa mengingati. kenapa? kerana kasih yang terjalin kuat.. utuh.. bersahabat kerana yang esa. semoga kelak, sahabat ini mampu memimpin kita ke syurga. hargailah sahabat kita. sayangilah mereka sepenuh hati kita. seikhlas hati kita. 



.
.

.
.


BBM3410/18 : Bersimpulan Bahasalah Kita

HAIII....

Dah lama sangat tak update blog ni. busy sangat lahai. kalah menteri. hahahhaha
.
.
kali ni Little nak kongsikan tentang kuliah minggu kelima.
tertanya2 kan minggu ni kami kena buat apa?
tugasan yang kami dapat minggu ni tak penah kami jangka.. hahaha.. ingat kena update gambar dekat IG je. tapiii.... minggu ni kami kena buat akaun Twitter.. HAHAHAHAHA. SEJUJURNYA Litle tak ada twitter dan tak pernah pandai nak guna pun 🙈🙈🙈.  buat malu je zaman moden ni tak pandai guna.
.
.
selain kena buat Twitter, kami juga dapat tugasan untuk buat video berkaitan dengan simpulan bahasa. kami perlu pilih 10 simpulan bahasa dan pada awalnya semua buntu.. macam mana laa nak buat. kami perlu tangkap gambar dengan menunjukkan maksud simpulan bahasa yang kami pilih. . .

hurmmm.. termenug .. kalaulah lakonkan dalam bentuk video mungkin lagi senang untuk tunjukkan maksud.. awalnya sukar, tapi seronokkkk.. macam-macam kami fikir kaedah nak buat. hahaha..

ni Little kongsi gambar macam mana kami lakonkan..

1. ni gambar yang menunjukkan madu tiga. okay tak? menjadi tak lakonan kami..


2. gambar ni menunjukkan simpulan bahasa cahaya mata. alahai, bahagianya rumah tangga.


3. ni plak menunjukkan malu-malu kucing. malu tapi mahu. hahahha

kalau kalian nak lihat keseluruhan gambar yang kami da ambil nanti boleh tengok dekat YouTube yee.. nanti cari je channel Hanafi Sudio. boleh subscribe jgak. banyak lagi video yang akan kami buat. nantikan ye.. hahahahhaha


BBM3410/18: Facebook Memories

Instagram dah, Twitter dah, Blog dah, adobe Photoshop dah, calendar dah, sekarang Facebook plak.