My Blog List

Tuesday, December 18, 2018

BBM3410/18: Facebook Memories

Instagram dah, Twitter dah, Blog dah, adobe Photoshop dah, calendar dah, sekarang Facebook plak.

Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Video Tanpa Wajah

Video tanpa wajah adalah video yang diambil tanpa memperlihatkan wajah pelakonnya. Selain itu tema yang dipilih juga perlu bersesuaian dengan video yang dilakukan. Untuk video tanpa wajah, ia mempunyai satu keunikan di mana , hanya satu benda yang perlu difokuskan bagi mendalami jalan cerita yang ingain di sampaikan.

• Pemilihan tema perlu lah tepat
• Lagu yang dipilih perlu sesuai dengan tema yang ingin di sampaikan
• Komitmen pelakon adalah sangat penting kerana jika aksi yang dipertontonkan sedih, pelakon perlu melakukan sesuatu yang menunjukkan sedih tanpa memperlihatkan wajah mereka
• Pakaian dan tempat yang dipilih juga perlu sesuai
• Tatahias dan busana yang dikenakan juga perlu tepat
• Peranan dalam memperlihatkan jalan cerita yang menepati amat tinggi bagi menarik penonton.
• Video tanpa wajah ini boleh berlaku editing bukan seperti video one shot sebelumnya

BBM3410/18: Video One Shot

Video one shot

One Shot One Layer

Video one shot one layer adalah video yang diambil dan disunting tanpa ada layer lain di belakangnya. Video ini di ambil tanpa menggerakkan camera atau berlaku editan lain di dalamnya

•Pilih lagu yang sesuai untuk digunakan dalam video ini dan biasanya lagu jenis tarian adalah lebih sesuai.
•Kami memilih lagu 'Lemak Manis'
•Tempat yang dipilih juga mempengaruhi dan memainkan peranannya
•Tempat yanh tertutup adalah lebih sesuai digunakan seperti dewan
•Apa yang telah kami lakukan adalah dengan menggunakan lagu 'Lemak Manis' kami menari secara bergilir2

One Shot Two Layer

Video one shot two layer ini adalah video yang memerlukan dua perlakuan dalam satu shot. Contohnya, jika ada satu perlakuan seperti menyanyi akan ada satu perlakuan lagi seperti berlakon yang berlaku secara serentak.

•Pilihan lagu untuk shot ini juga penting
•Lagu yang bertemakan lakonan adalah sesuai digunakan
•Lagu yang telah dipilih untuk shot ini adalah lagu ' Cuba Teka- Tasha Mashahar dan Syed Shamin
•Kaedah yang kami lakukan untuk hasilkan video two layer ini adalah freeze
•Ada yang menyanyikan lagu dan dalam masa yang sama melakonkan apa yang dinyanyikan

One Shot Three Layer

Video one shot three layer adalah video yang memerlukan tiga perlakuan dalam satu shot. Contohnya jika ada ahli yang sedang menyanyikan lagu, akan ada lakonan yang berlaku di dalamnya. Di samping itu, jiga elemen alam seperti pokok atau tasik yang berada di belakangnya bergerak ditiup angin, ianya juga dikira sebagai layer walaupun berlaku secara semula jadi

•Pilih lagu yang sesuai untuk cerita yang akan dilakonkan
•Pilih jalan cerita yang sesuai untuk lagu yang telah dipilih
•Lagu yang dipilih adalah lagu 'Farhana – Jimbara'
•Dalam video ini, layer yang kami jadikan sebagai layer ketiga adalah sekumpulan pelajar yang bermain bola tampar

BBM3410/18: Papan Cerita

PAPAN CERITA E-MAJALAH

Papan cerita adalah rangka atau draf awal sebelum melakukan sesuatu. Tidak kira video mahupun e-majalah. Papan cerita ini memainkan peranan yang sangat pentibg dalam merangka apa yang terkandung dalam majalah yang ingin diterbitkan. Papan cerita perlu dilakarkan sejak dari muka depan e-majalah sehinggalah kepada muka belakang e-majalah berkenaan.
.
.
Terdapat beberapa langkah dalam menyediakan e-majalah. Langkah yang pertama adalah dengan melakukan perbincangan dan meminta persetujuan untuk apa yang akan dimuatkan dalam e-majalah. Tema yang dipilih perlulah berlainan dan apa yang ingin dimuatkan perlulah berlainan daripada apa yang telah berada di pasaran..
.
.
Bagi menunjukkan kelainan daripada kumpulan lain, kami telah memilih untuk memasarkan kerusi bagi e-majalaj kami. Kerusi yang kami reka perlulah berlainan daripada kerusi di pasaran kini. Setiap kerusi yang dipasarkan perlulah mempunyai kelainan dab kelebihannya.
.
.
Jenis Kerusi yang Dipasarkan
1. Kerusi Gebulu
2. Kerusi Juling
3. Kerusi IQ bercabang
4. Kerusi Si Cilik
5. Kerusi Arikatun
6. Kerusi Melayang
7. Kerusi Goyang
.
. Majalah yang dibuat perlulah mempunyai muka hadapannya. Halaman yang kedua pula adalah sidang pengarang. Halaman yang ketiga sehingga ke sembilan adalah kerusi keluaran syarikat kami dan halaman ke sepuluh adalah iklan produk kami untuk e-majalah akan datang.
.
.
Ciri-ciri dan kelebihan kerusi
• Setiap halaman kerusi yang dipasarkan perlu mempunyai nama kerusi. Selain itu, halaman berkenaan juga perlu dimuatkan kelebihan dan keistimewaan kerusi yang dikeluarkan bagi menarik minat pembeli.
• Selain itu, halaman berkenaan juga perlu dimuatkan kata-kata hikmat yang telah diterjemah daripada buku 200Quotes
• Gambar kerusi yang dilukis perlulah menarik dan memenuhi keperluan pengguna

BBM3410/18: ASAS GRAFIK

ASAS GRAFIK

Bahan-bahan
Card board hitam
Riben
Majalah lama
Gam stick
Gunting
Pembaris
Pensil

Cara-cara Buat Asas Grafik
•Pilih gambar di dalam majalah yang mengandungi elemen asas grafik seperti warna, keseimbangan, teks,
•Gunting gambar mengikut jenis asas grafik
•Tampal di atas card board dengan menggunakan gam
•Pastikan gambar yang ditampal tidak mempunyai gelembung.
•Asingkan asas grafik mengikut jenisnya dan susun mengikut aturannya
Muka depan buku Asas Grafik
•Gunting huruf di dalam majalah dan tampal membentuk nama, no matrik dan nama kumpulan
•Susun mengikut angka giliran daripada besar kepada kecil

Mudah
Elemen mudah adalah asas yang apabila dilihat diketahui apa yang ingin di sampaikan oleh gambar yang berkenaan tanpa perlu termenung dengan lama

Keseimbangan
Keseimbangan adalah gambar yang mempunyai keseimbangan antara susunan bahan atau perkara yang terdapat di dalam gambar tersebut

Warna
Warna adalah sangat penting untuk memastikan keseimbangan dan kesesuaian warna yang terdapat dalam gambar tersebut.
.
Warna yang digunakan perlulah sesuai dengan keadaan yang disampaikan.

Teks
Teks adalah gambar yang diaertakan dengan teks yang bersesuaian dengan gambar yang dimaksudkan.
Perkataan yang digunakan perlulah tepat dan padat bukan meleret-leret.

Kesesuaian
Kesesuaian adalah elemen yang bersesuaian dengan gambar atau keadaan yang ditunjukkan oleh gambar.
Contohnya, gambar orang bermain wau di pantai adalah bersesuaian kerana faktor angin

BBM3410/18: Facebook Memories

Instagram dah, Twitter dah, Blog dah, adobe Photoshop dah, calendar dah, sekarang Facebook plak.